Everton 1-6 Arsenal: Gunners Meratah Toffees Tak Hingat

Pasukan tangga keempat tahun lepas jumpa kelima malam tadi tapi perbezaannya dengan 4 pasukan elit masih ketara.

Aug 16, 2009

Perlawanan di hari pertama musim menyaksikan keputusan luarbiasa, kerana keputusan Arsene Wenger yang tak  melabur kembali duit dari Manchester City hasil perpindahan menyebelahinya selepas Arsenal membelasah Everton dengan keputusan 6 – 1.

Arsenal tanpa adanya Adebayor,  dengan formasi 4-5-1 yang nampak seakan goyah. Bermulanya perlawanan dengan kedua-dua pihak bermain dengan berjaga-jaga, Denilson memecah kebuntuan pada minit 26 selepas Bendtner mendada bola dan menolak kepada pemain Brazil itu, yang merembat jauh menggegarkan jaring Everton dari luar kotak penalti.

Denilson1

Brazilliant | Denilson diraikan rakan-rakan

Penyokong Arsenal dijamu lagi dengan gol semasa Robin Van Persie, yang mana hantarannya dari set-play sungguh memberangsangkan dalam perlawanan, menjumpai pemain baru Thomas Vermaelen. Bekas Kapten Ajax mengelak orang yang yang menjaganya dan dengan selesa menanduk kedalam jaring. Sebelum Everton menemui rentak, sekali lagi dari kiri, Fabregas menjumpai lubuk dengan William Gallas menjaringkan buat kali ketiga.

Ada beberapa perkara yang Everton boleh ambil endah semasa rehat, kerana Arsenal memenangi bola setiap ceruk padang. Pergerakan dan permainan, seperti yang telah ditunjukkan semasa Wenger menduduki kerusi panas north London, memberikan tekanan kepada pihak Moyes.

Selepas beberapa ketika separuh masa kedua bermula, van Persie menerima bola dari tengah dan membukanya ke tepi kiri padang, untuk bermain dengan Fabregas. Pemain Sepanyol itu menambah sebiji lagi selepas dijumpai oleh Almunia dengan hanya berdepan Howard. Lima kosong kepada Arsenal dengan masih ada lagi dua puluh minit masa bermain.

Penyokong Everton berkurangan sikit-sikit selepas 55 minit, dan gol kelima membuatkan lebih ramai penyokongnya berkurangan. Tetapi mereka terlepas gol tunggal yang buleh disorakkan, selepas Louis Saha memberi saguhati kepada Moyes & Co dimasa kecederaan, dan gol keenam kepada Arsenal, selepas Eduardo – bermain semula buat kali pertama semenjak dari tragedi patah kaki di 2008, merembat kencang mencecah palang gol.

Untuk Moyes, permulaan semula latihan besok amat digalakkan, sementara untuk Wenger ia adalah satu kepuasan dan galakan untuk merangkul takhta liga.

One thought on “Everton 1-6 Arsenal: Gunners Meratah Toffees Tak Hingat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s