Fanatik

Fanatics

Saya tertarik dengan pandangan Tun Dr Mahathir (bukan mengenai gear box) bahawa umat Islam mestilah menghindarkan sikap fanatik terhadap mazhab dan pemimpin agama. Kefanatikan terhadap mazhab dan kumpulan tertentu katanya, mengakibatkan persengketaan sesama Islam, sehingga berlaku bunuh membunuh. Beliau membawa contoh apa yang menimpa pengikut ahlus sunnah wal Jamaah dan syiah di Timur Tengah (khusus Iraq).

Tun Mahathir turut mengambil kesempatan ‘membantai’ sikap penyokong PAS yang percaya kepada dakwaan pemimpin mereka bahawa mengundi PAS dapat masuk syurga.

“Tetapi (oleh kerana) ketua dia kata, mesti ikut. Ini masalahnya, setia pada pemimpin sampai kita tidak soal dia, betul atau tidak. Sebab itu kita lihat, ada (ajaran) Ayah Pin, Ashaari Muhammad dan Rasul Melayu. Bila ada seorang kata (sesuatu), jangan tanya, terima saja. Jadi banyak yang jadi fanatik”.

Dalam hal ini saya kira saya bersetuju dengan Tun Mahathir. Memang saya meluat dengan sesetengah ahli PAS yang percaya Nik Aziz maksum. Sama seperti saya jengkel apabila ada orang percaya ustaz hadis tertentu sahaja yang betul. Atau menyampah saya dengan orang yang mengkultuskan serta menabiyusufkan seorang politikus penyanjung Salman Rushdie.

Haji LembuTetapi Tun ku sayang, kefanatikan dan kesetiaan membabi buta ini juga terpancar bagai cahaya terang dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini. Ketua kata 1Malaysia, maka 1Malaysialah. Sebelumnya ketua kata hadhari maka hadharilah.

Bertanya memang penting. Kita tidak boleh mengikut sahaja. Pernahkah kita misalnya, bertanya, ‘betulkah apa yang aku ikut selama ini? betulkah aku solat tunduk bangkit selama ini? betulkah mazhab yang aku taati selama ini sedangkan ia sendiri muncul di Baghdad ratus tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad saw?

Tun, fanatik memang punca kejumudan. Ada seorang teman saya di USM yang saya minta buka fikiran membaca dan meneroka ‘wilayah baharu’ seraya saya memberi kuncinya – Kasyful Ghaibiyyah, dia jawab dengan mengatakan ‘aku tak berani.’

Itulah juga satu cabang fanatik. Berada di zon selesa. Sedang zon selesa itu tidak pernah ditanyakan betul atau tidak.

Fanatik kepada pemimpin yang tidak patut, memang ultra tidak patut.

Jadi, ulasan saya untuk kenyataan Tun di atas, ‘engkorang’ sama sahaja, sama-sama bull shit lah Tun.(FT)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s