Benci Jadi Suka…

Sedang membaca buku Al-Muntalaq oleh Abu Ammar, terpaku dengan petikan ini:

“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan.

Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara beransur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan.

Ianya ibarat singa yang telah dijinakkan.

Namum begitu, saki baki unsur kemuliaan masih berbaki dijiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.

Apabila ada sahaja da’i yang menyeru kepada kemuliaan, memanggil kepada kebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak,maka berdenyutlah kemuliaan di dalam jiwanya dan menyalalah bara di dalam sekam.

Bangkitlah semula sifat kemanusiaan di dalam diri manusia, mereka tidak sekali-kali menerima penghinaan.

Mereka pun bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jiliad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.

Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, cepat sembuh dan mudah dihapuskan.

Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.

Oleh itu, golongan taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orang ramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila.

Mereka membentuk para belia dengan pelbagai taktik dan strategi yang bertujuan untuk mematikan hemah yang mulia dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan sentiasa berada di tangan mereka yang zalim itu.”

Abdul Wahab Azam, Al-Shawarid, m.s. 318

(ThinkPlanAct)

Bahagianya Kecelakaan, Celakanya Kebahagiaan


.

Benarkah kamu hebat? Mereka kata kamu mempunyai akal dan rasional. Boleh bertindak dan berfikir. Miliki, mengawal kebebasan untuk membina dan mengubahsuai alam mental dan fizikal. Adakah begitu?? Didengar kamu dicipta lebih kurang 200 tahun dahulu. Seluruh dunia berpesta menyambut kedatangan kamu. Pernah ditulis, banyak dikorban untuk menerima kamu.Mati untuk apa? Kerana kamu la! Kamu ini, yang dikatakan membawa cahaya pencerahan. Yang dapat mengubati mereka yang sakit, membawa kekayaan kepada mereka yang miskin, naikkan keadilan menentang penindasan, dan membuka mata yang sebelum ini buta. Semua datang la melihat ciptaan yang agung ini.

Tidak! Kamu jangan menipu! Yang ada hanya kemusnahan dan penindasan.

Kemusnahan dan penindasan?? Ini kekuatan. Yang lemah mesti disingkirkan! dijatuhkan! naikkan, tegakkan api pencerahan! Kebebasan, keadilan, kesaksamaan. Nilai yang suci, pegangan suci. Kini bebas, dengan rasional dan hak alam. Untuk bawa kebaikan kepada yang lemah, yang tidak berpendidikan, yang tidak faham.

Tunggu! Hormat lah, jangan angkuh! Pernahkah kamu fikir dari mana kamu datang?  Kamu wujud untuk sebab, untuk tujuan yang lebih besar, yang lebih bermakna. Datangnya kamu, kehadiran kamu, hanya kerana izinnya. Kamu di sini untuk membuat kerjanya.

Kelahiran kamu dibenarkan. Kamu dilahirkan hanya kerana saya! Tanpa saya tidak mungkin kamu wujud! Tidak akan wujud! Ikut la cakap, ikut la perintah dan semua akan dilindungi, dijagai. Yang ingkar, yang angkuh, yang mencabar, akan dihukum.

Semua yang diperlukan telah sedia ada. Jangan berfikir! Jangan bertanya! Kenapa hendak berfikir, bila semua yang sedia ada, yang diberi, sudah penuh sempurna?

Tunduk! Dengar kata-kata saya! Bacalah kata-kata saya! Yang disampaikan untuk sepanjang zaman. Kembalilah sebelum terlambat. Semua akan dimaafkan, diberi peluang.

Apa yang kamu merapu? Mengarut! Kamu ini yang tidak wujud, tidak kelihatan. Bukankah kamu sudah mati sejak dulu lagi? Berambuslah! Janji kepada nilai-nilai, impian, yang tidak dapat dicapai, diperolehi.

Lihatlah datangnya manusia merdeka, manusia berfikir. Ciptaan, pencapaian terunggul. Tuan kepada segala-galanya. Kamu bebas! Buat lah apa sahaja yang kamu ingin. Ciptaan teragung, ciptaan terhebat. Tiada, tidak ada yang menghalangmu. Suara karut, kata-kata yang menggilakan sudah, mesti dibisukan.

Bangkitlah! Runtuhkan lah segala-gala yang menghalangmu. Penderitaan adalah kegembiraan. Kesengsaraan adalah kecantikan. Pembunuhan, keindahan.

Bagaimana lagi kalau tidak begini? Ciptaan terunggul. Ciptaan kebanggaan.

(Diskopi)

Jahil itu Kafir…

>

Semasa sesi mesra bersama teman pendampingku dimana saja jua ku pergi, mushaf Quran beserta terjemahan berwarna biru yang aku beli sejak Foundation 2nd sem. Seperti kebiasaannya, lepas subuh, tilawah Al-Quran dan tadabbur, satu ayat Al-Quran menarik perhatianku;

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar). ” (29:61)

“Eh, ayat nie aku dah pernah baca dah kat surah lain. Ni jumpa lagi…Hmm…apa Allah nak cerita ni?”

Ayat ini rupanya adalah salah satu soalan yang Allah SWT suruh Ar Rasul SAW tanyakan kepada kaum kafir Quraiysh (dapat  jawapan lepas tgk Tafsir Ibn Kathir)

Tapi peliknya kat jawapan mereka itu sendiri. Saat ditanya, jawabnya “Allah”.

Kalau begitu kaum kafir Quraish ini tahu bahawa Allah itu adalah Yang Maha Pencipta, Yang Maha Agung lagi Maha Perkasa. Dalam kata lain, mereka akui akan kekuasaan Allah sebagai penguasa yang berkemampuan mencipta segalanya. Tapi kenapa mereka itu kafir? Malahan mereka juga dikatakan sebagai orang yang jahiliyyah….hmm kenapa plak?

Jadi, apa pulak yang dimaksudkan dengan jahiliyyah itu?

Bodoh (as if tak sekolah)? Ignorance? Tak ambil peduli? Tak tahu? Takleh fikir? Buta hati?

Nak kata mereka itu mundur dari segi teknologi, memang benar, unta sebagai lori, kuda sebagai kereta. Tapi orang Arab masa tu sangat “advance” dari segi ekonomi. Siap ada system insurans hasil dagangan lagi. Berdagang sepanjang tahun, musim sejuk berdagang di Yaman, musim panas berdagang di Syam (sekarang dikenali sebaga Syria). Dari segi budaya pun power jugak, syair2 mereka sangat mendalam dan kaya dari segi bahasa. Lagipun mereka cukup berpengalaman dengan tamadun2 yg ada ketika itu seperti Rom, Parsi, Mesir dan Ethiopia hasil dari pengembaraan dagang mereka. Tapi mengapa zaman itu dikenali sebagai zaman jahiliyyah?

Kemudian, terfikir juga, oh ya…zaman tu masyarakat rosak dan teruk dari segi akhlak dan keadilan. Jadi, bila fikir2, nak cuba buat jadual perbandingan. Nak banding suasana masyarakat zaman Jahiliyyah (ketika Rasulullah diutuskan) dengan zaman sekarang. Hasilnya jadilah macam kat bawah nie (just a quick scratch):

.

Jahiliyyah zaman Rasulullah SAW Jahiliyyah zaman sekarang
  1. Pemerasan hamba
  2. Tanam anak perempuan hidup (kerana simbol kehinaan – kisah Umar Al-Khattab & anak perempuannya)
  3. Rompakan
  4. Seks bebas, pelacuran
  5. Arak, dll.
  6. Orang miskin & merempat tak terbela
  1. Pemerasan hamba – kalau kerja overtime lebih dari office hours kira memeras tak? Kira sekarang hamba takde, Cuma orang gaji adelah kot. Same ke? – Takpelah kira takdelah tu, kasi can.
  2. Bukan tanam anak perempuan hidup2, bayi perempuan dan bayi lelaki tak hidup lagi dah gugurkan dan tak tanam pun. (erk…ni lagi teruk nie)
  3. Rompakan – bukan takat duit, enjin jet pun kene rompak. Kes ragut jangan cakaplah…siap ada yg terbunuh lagi.
  4. Seks bebas & pelacuran – letih dah dengar berita kat TV dan surat khabar (terutama Metro) pasal kelab malam kene serbu dan kes seumpama list no 5 nie (nk termuntah tulis nie).
  5. Arak – kilang Carlsberg besar gile kot kat sebalah Federal Highway tu…
  6. Orang miskin merempat tak terbela – tgk kat stesen lrt pasar seni pun dah cukup. Tu belum satu KL or satu Malaysia lagi.

.

Mak ai, biar betul nie? Kinda make sense…thats mean itulah jahiliyyah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat tadi. Kalau macam tu, zaman sekarang ni lagi lah teruk. Tapi jap, kalau list zaman sekarang ni, kalau kat Malaysia, semua tu orang Islam kot yang buat. Eh jap…hmm…biar benar nie? Orang Islam pun jahiliyyah jugak ke?

Ya Allah…apa yang ingin Kau tunjukkan ini?

Apa itu jahiliyyah yang Kau maksudkan, ya Allah?

.

(ThinkPlanAct)