Moneyholic Society (Part II)

.

Temuramah bersama Daniel Suelo

.

David Suelo

Daniel Suelo

.

1. Mengapa Anda Hidup Tanpa Duit?

.

Inilah satu-satunya cara yang saya tahu untuk hidup dengan kesedaran sebenar.

Alasannya banyak. Berikut adalah beberapa alasan yang utama:

(A) Ia berdasarkan naluri. Ia kerana (B) alasan politik, (C) alasan rohani, (D) alasan kesihatan (mental dan kesihatan fizikal), (E) alasan ekonomi, dan kerana (F) , keseronokan semata-mata, serius:

  • (A) Ia berdasarkan naluri

Sebenarnya, awak, saya dan semua manusia hidup tanpa wang atau duit, tanpa Kesedaran Kredit & Hutang, ketika kita dilahirkan. Diri kita yang sebenar sudah hidup tak berduit. Selebihnya hanyalah ilusi palsu. Gaya hidup ini adalah sifat dan keinginan kanak-kanak. Setiap budak atau orang muda yang saya dah bersembang, yang belum lagi diprogramkan oleh ‘the Man’, merasakan perkara ini sempoi.

.Semua makhluk, segala alam semesta, di luar lingkungan dunia peradaban hidup tanpa duit. Oleh sebab itu alam di luar lingkaran peradaban komersil, yang benar-benar seimbang. Namun tidak ada negara di dunia, bahkan dengan pakar ekonomi ber’PhD’ sekalipun, yang boleh mengimbangkan bajet negaranya!

  • (B) Politik

Ini memerlukan sedikit penjelasan. Lihatlah politik. Lihatlah Amerika & penularan sifat kebendaaan berleluasa dunia. Lihatlah berduyun-duyun gereja menyokong politik sebegini, berusaha menyembunyikan ketamakan di bawah topeng kewarakan. Lihat syarikat-syarikat korporat, perdagangan dunia. Perlukah saya buktikan lagi? Biarlah perbuatan mereka itu sendiri yang menunjukkan diri mereka yang sebenar.

  • (C) Spiritual

Bercampur dengan naluri saya semasa budak, saya dibesarkan di sebuah keluarga Kristian Injil. Saya menganut agama saya dengan amat serius. Tetapi saya mula tertanya-tanya mengapa orang yang mengaku dianya Kristian jarang sekali mengikuti ajaran-ajaran Jesus – Iaitu Khutbah di Gunung, iaitu meninggalkan pangkat, hidup di luar Kredit & Hutang, bebas memberi & bebas mengambil, memberi dengan tidak mengharapkan apa balasan, mengampunkan semua hutang, tidak berhutang dengan sesiapa, hidup di luar pembalasan iaitu kejahatan-pada-jahat atau kebaikan-untuk-kebaikan, hidup di dunia tanpa rasa bersalah (hutang), tanpa dendam dan hasad dengki (hutang), tanpa penghakiman (kredit & hutang), hidup dengan Rahmat (Gratis/percuma, bukan dari hasil kita sendiri tetapi oleh karya-karya Alam sejati yang mengalir melalui kita).

.Selepas membesar & membuka minda saya, saya mula belajar bahawa prinsip-prinsip Kristian ini adalah prinsip-prinsip setiap agama – seperti Taoisme, Yahudi, Hindu, Buddha, Jain, Sikh, Islam, Mormonism, Shamanisme, Paganisme, dan sebagainya (Walaupun dengan perlembagaan ‘bastardizations’ dari agama masing-masing, yang menjual Roh mereka sebanyak 30 keping perak).

Tidak ada satu agama pun yang monopoli keatas kebenaran. Dan orang-orang yang paling jauh daripada kebenaran mereka sendiri adalah orang-orang yang menganggap diri mereka satu-satunya gereja yang benar. Prinsip-prinsip teras daripada agama-agama dunia adalah dari prinsip Alam, “Hukum tertulis di setiap hati”. Dan jauh di lubuk hati anda memang mengetahuinya. Apakah bukan Jesus yang menggunakan contoh daripada gagak, bunga lili, hujan yang turun pada yang adil & tidak adil, burung pipit, benih-benih, dan hati kita sendiri, untuk diambil bukti-bukti ini?

Namun, ini membawa saya ke satu detik di mana saya sudah muak belajar & berceloteh tentang agama & falsafah, kerana saya tak pernah, tak boleh, mengamalkannya. Tidak ada yang pernah melakukannya, tak seorang pun boleh. Lalu saya memasuki ke fasa pandangan sinis, kepahitan, ke depresi klinikal, & penghinaan kepada semua agama dan yang berbicara tentang hal-hal rohani, berasa hina kepada konsep Tuhan.

  • (D) Kesihatan

Saya pernah tinggal di Denver, Boulder, Colorado, dan terasa penat untuk terus berlumba-lumba. Jadi saya terus berhenti kerja dan berpindah ke Moab, Utah. Akhirnya saya mula menyedari bahawa satu-satunya cara untuk mengatasi kemelesetan adalah memudahkan fikiran, dengan meninggalkan semua itu. Ini adalah Buddhism 101, keputusan muktamad kepada sesiapa yang ingin sembuh. Dan kemudian saya menyedari bahawa harta benda saya juga adalah pertimbangan saya. Saat saya melepaskan fikiran-fikiran yang tidak berguna, saya melepaskan harta benda yang tidak berguna. Dan ketika saya melepaskan harta benda yang tidak berguna, saya dapat lebih dan lebih yang sepatutnya kurang dan berkurang lagi. Itu bukan suatu usaha, tapi ibarat pohon menjatuhkan daun atau benih-benihnya. Dan dengan harta benda, buah fikiranku dan hal-hal dan orang-orang, terus menghilangkan tekanan. Tapi pengembaraan ini terus berjalan bahkan pergi jauh lebih dalam.

Setiap kali saya membuat resume untuk pekerjaan, menandatangani nama saya atas dokumen-dokumen, membuka akaun bank, atau bahkan membeli pisang di supermarket, saya merasa nada ketidakjujuran, seperti saya tidak mengaku benar keatas benda yang benar dan tidak kepada yang benda yang salah. Ya, awak tahu apa yang saya bincangkan. Semua orang pun begitu. Saya menjadi teramat sensitif keatas pengetahuan asas ini. Bahkan walau hanya sedikit benih ketidakjujuran tetap ianya-sebiji benih. Sebiji benih boleh memenuhi pemikiran, seluruh dunia ini. Sebiji mata yg hitam boleh menggelapkan seluruh tubuh, seluruh alam semesta!

Pada satu tahun saya pergi ke Alaska dengan 2 orang teman, Leslie & Mel, dalam van & menghabiskan masa pada akhir musim bunga, panas, dan awal musim gugur di sana. Pada awalnya saya bekerja di dermaga. Tapi bukan dengan perasaan jujur. Jadi saya berhenti dan memutuskan untuk menjelajah seorang diri dan mencuba untuk keluar dari kota selama beberapa minggu. Secara tak sengaja, saya bertemu dengan mamat Basque bernama Ander yang juga bermain-main dengan fikirannya untuk hidup begitu. Jadi kami terus melakukannya. Kami menombak ikan, makan cendawan & beri, dan hidup dalam keadaan selesa. Lalu kami meneruskan perjalanan, dengan menumpang kereta, dan menyedari betapa ramai orang yang murah hati, dan kami merasa takjub pada kebanyakan perkara “kebetulan” yang terus terjadi pada kami. Akhirnya kami berpisah dan saya memutuskan untuk berpatah balik ke Moab, Utah, dengan $50 dalam saku, hanya untuk melihat apakah saya mampu atau tidak. Ketika saya tiba di Moab, saya cuma tinggal $25. Kemudian saya sedar bahawa saya gunakan duit untuk benda-benda yang tidak saya perlukan, seperti makanan ringan dan bir. Untuk pertama kalinya, saya sedar bahawa saya boleh hidup benar-benar tanpa duit.

  • (E) Ekonomi

Selama berada di Alaska, saya juga telah berfikir tentang konsep dunia hutang, perbankan, syarikat-syarikat korporat, peperangan, dan kemiskinan. Mantra terus-menerus saya adalah: “Ampuni segala hutang kami, sepertimana kami mengampuni mereka yang berhutang kepada kami”. Kerana saya sedar dan terus tersedar, yang sebenarnya tidak ada garis pembahagian antara hutang fizikal dan hutang rohani. Hutang Fizikal & Spiritual adalah kembar siam. Saya tahu, perlahan-perlahan menjadi bebas dari tekanan klinikal, iatu hutang mental, yang dipanggil rasa bersalah & dendam, berkait rapat dengan hutang fizikal. Hutang dan mental juga berkait rapat dengan penyakit fizikal. Dan kasih sayang pemuitang yang tidak menghakimi tetapi mengampunkan mereka, sama seperti doktor yang tidak menilai orang sakit, tetapi menyembuhkan mereka, memberi mereka secara keseluruhan, menerima mereka secara keseluruhan. Sayangnya kepada duit, kebergantungan kepada Kredit dan Hutang, sebenarnya berasal dari semua kejahatan, semua kesusahan, semua “dis-ease”.

Tiada apa yang saya katakan di sini memerlukan kajian atau bukti, kerana semua bukti yang benar ada dalam diri anda. Hanya mengambil masa untuk mencarinya.

  • (F) Keseronokan semata-mata, Serius

Saya menjadi terpesona dengan Sadhu Hindu, yang berkeliaran di India tanpa wang dan harta benda. Saya teringin menjadi seperti mereka. Beberapa tahun selepas pengembaraan saya di Alaska, saya pergi ke India dengan seorang teman rapat, Michael. Sebenarnya, kerana kami sudah mendapat tiket murah ke Thailand, kami pergi ke Thailand terlebih dahulu. Di sana saya bertemu seorang pendita Buddha bernama Sumetho dan berjaya pergi bersama ke sebuah biara Buddha di utara Thailand, dekat Chiang Mai. Ini adalah satu pengalaman yang mengubah hidup. Lalu saya bertemu kembali dengan Michael dan terus kami pergi ke India. Setelah berkelana di India selama beberapa bulan, akhirnya saya sampai di McLeod Ganj, dekat Dharamsala, di mana pelarian Tibet berada. Dalai Lama kebetulan berada di sana, dan saya mendengar ceramahnya selama seminggu. Kemudian beliau berpaling kepada kami, orang-orang barat. Dia mengatakan dia berasa amat kagum dengan orang-orang yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk menerokai Buddha Tibet. Tapi dia menekankan bahawa kebenaran boleh dijumpai di setiap agama, dan mungkin hanya sedikit yang dapat mencari kepuasan dalam agama yang lain. Kalau tidak, dia menyarankan agar semua orang kembali ke tempat asal mereka, daripada berusaha untuk mencari tempat yang lebih baik. Saya berasa yang benda ini senang bagi saya.Apa yang saya dapat kalau menjadi seorang sadhu di india? Ujian sebenar kepercayaan ialah dengan kembali ke salah satu benda yang paling materialistik, bangsa pemuja wang di bumi, untuk kembali kepada prinsip-prinsip asas yang sah dari kerohanian yang tersembunyi di dalam agama hipokrit, dan menjadi sadhu di sana. Idea ini menggembirakan saya. Saya boleh menjadi seorang sadhu di Amerika, saya terfikir.  Untuk menjadi seorang yang tak berguna, pemalas, dan menjadikannya suatu seni- saya terpesona dengan idea ini. Idea daripada ini hanyalah keseronokan semata-mata.

Jadi selepas beberapa bulan kemudian, lebih kurang 8 tahun lepas, itulah apayang telah saya lakukan.

Untuk menjadi seperti seorang budak adalah untuk kembali kepada memahami keseronokan.

.

2. Adakah awak rasa wang itu kejahatan?

.

Tidak. Wang adalah ilusi. Ilusi bukannya baik atau jahat. Kaitan pada ilusi adalah jenayah. Kaitan pada ilusi adalah pemujaan.

Bahkan ada beberapa orang menyoal apakah sebenarnya wang, kerana ianya sangat meluas, seperti udara. Namun, tidak seperti udara, wang tidak ada di luar minda, tetapi hanya bermain didalam fikiran.

Berlawanan dengan definisi umum, wang bukanlah emas atau perak, kulit kerang atau ternakan; duit bukannya wang kertas, bukan kad kredit, bukan nombor-nombor didalam bank atau statistik di atas kertas. Wang hanyalah semata-mata kepercayaan didalam diri. Wang tiada ditempat lain tetapi hanyalah dalam fikiran. Wang adalah sebuah fenomena aneh yang ada hanya kerana dua atau lebih banyak orang percaya ianya ada.

Untuk mengatakan bahawa saya hidup tanpa wang tidak benar, sungguh. Ia seperti mengatakan bahawa saya hidup tanpa kepercayaan pada Santa Claus. Sekarang, jika kita hidup di dunia di mana semua orang percaya pada Santa Claus, anda mungkin berfikir saya mengambil peluang dengan melangkah keluar untuk hidup tanpa Santa Claus, dimana dia memang tidak pernah ada. Bagaimana jika kita melihat emas secara zahirnya? Emas itu cantik, namun sebenarnya tidak dalam kebanyakan kes. Tapi seseorang memutuskan emas mempunyai nilai yang tinggi, dan semua orang memilih untuk mempercayai keputusan ini. Sekarang ini beberapa orang melihat emas kerana realitinya, tetapi mereka melihat nilai-nilai palsu. Orang asli di benua Amerika berasa yang orang Eropah itu benar-benar gila kerana nafsu mereka kepada benda kuning yang tak bernilai itu.

Bayangkan jika anda mempunyai mata yang melihat realiti daripada kepercayaan diri anda sendiri. Bayangkan jika anda melihat sehelai not $100 sebagai selembar kertas dengan diatasnya karya seni yang cantik, dan cuma itu sahaja. Diri kita yang sebenarnya hidup tanpa wang, selalunya dah memang sebegitu, dan akan selalunya begitu.

Hanya diri yang berpura-pura dapat hidup dengan, mengguna, dan memiliki wang.

Cuba fikir-fikirkanlah sejenak perkara ini.

Saya penat hidup di dunia yang penuh dengan pura-pura ini. Saya bosan menjadi orang yang berpura-pura.

Orang-orang perniagaan sering memberitahu budak-budak dan orang-orang seperti kami untuk menjadi orang yang ‘sebenar’, untuk bersama di dunia nyata. Sekarang saya ingin anda pertimbangkan kembali siapa yang benar-benar di dunia nyata.

Sila betul-betul pertimbangkan perkara ini!

Agak lucu bagaimana mereka yang paling kuat hubungannya dengan wang selalu menyatakan dengan tegas, ‘Wang bukanlah akar dari semua kejahatan, tetapi “Cinta kepada wang adalah akar segala kejahatan”!’ (petikan Timothy 1; fasal 6, ayat 10)

Kalaulah mereka tahu apa yang baru saja keluar dari mulut mereka sendiri.

Orang selalunya tegas membela apa yang paling mereka cintai..

Penagih alkohol dengan cepat menafikan dengan tegas mengatakan bahawa alkohol bukan masalah, kebergantungan pada alkohol yang bermasalah. Mereka meyakinkan anda bahawa mereka boleh berhenti bila-bila pun. Sama dengan penagih heroin atau penagih lainnya yang duduk dalam penafian.

Tidak, heroin tidak jahat. Masalahnya yang sebenarnya adalah ketagihan heroin. Tapi, saya ingin menanyakan: adakah anda tahu siapa saja yang mengambil heroin yang tidak ketagihan? Dan saya juga menanyakan ini, apa yang lebih ketagihannya, heroin atau wang?

Sekarang setiap ‘AA attender’ akan memberitahu anda bahawa langkah pertama dalam mengatasi ketagihan adalah melepaskan penafian anda dan mengakui ketagihan anda. Maka anda boleh meneruskan ke 11 langkah yang berikut, satu per satu.

.

3. Apa Yang Anda Lakukan Untuk Makanan?

.

Freegan Diet

Saya bebas mengambil apa yang diberikan secara rela hati, tanpa terikat dikedua belah pihak.

Saya mencari makanan seperti binatang liar, dan juga makanan domestik. Saya juga bebas bergantung diatas kemurahan hati orang. Saya tinggal didalam kawasan sampah: ‘dumpster-diving'(amalan mengasing-asingkan sampah komersial atau kediaman untuk mencari item yang telah dibuang oleh pemiliknya, tapi yang mungkin berguna bagi penyelam tempat sampah), table-surfing, dan kadang-kadang meminta lebihan makanan orang dan lembaga perkhidmatan makanan. Saya tidak meminta orang untuk memberikan apa yang mereka tidak berniat untuk membuang. Saya juga makan binatang yang dilanggar kenderaan, yang mana masih segar. Saya sudah makan tupai, racoon, arnab, dan rusa, setakat ini. Saya juga telah makan semut, kepompong, belalang, cengkerik, anai-anai, cicak & ular.

Dumpster Diving atau Skipping

"Dumpster Diving" atau "Skipping"

Continue reading

Moneyholic Society (Part I)

Lakota Sage Lame Deer

Lakota Sage Lame Deer

“… Sebelum saudara-saudara putih kami datang untuk membudayakan kami, kami tidak ada penjara. Oleh kerana itu kami tidak ada penjahat. Anda tidak boleh mempunyai penjahat tanpa penjara. Kami tidak ada kunci atau mangga, dan jadi kami tidak ada pencuri. Jika seorang laki-laki itu sangat miskin sehingga ia tidak punya kuda, tipi atau selimut, seseorang memberinya benda-benda seperti ini. Kami terlalu mundur untuk menetapkan nilai yang tinggi pada barang-barang peribadi. Kami mahu memiliki benda-benda ini hanya untuk diberi kepada mereka. Kami tidak punya wang, dan kerananya nilai seorang individu tidak boleh diukur dengan wang. Kami tidak mempunyai undang-undang bertulis, tidak ada peguam atau ahli politik, kerana itu kami tidak mungkin menipu. Kami berada dalam keaadaan yang benar-benar teruk sebelum orang kulit putih datang, dan saya tidak tahu bagaimana kita berjaya hidup bersama tanpa benda-benda asas ini, kita diberitahu, yang sebenarnya amat diperlukan untuk menjadi masyarakat beradab …“; Lakota Sage Lame Deer (daripada John Lame Deer, Seeker of Visions)

DAPATKAH ANDA HIDUP TANPA DUIT? AYUH BERJUMPA DENGAN ORANGNYA


Daniel Suelo didalam guanya

Daniel Suelo didalam guanya

DANIEL SUELO HIDUP DIDALAM GUA. Tidak seperti kebanyakan orang Amerika–rata-rata bergelumang dengan hutang kad kredit, bergantung kepada cagaran, takut dengan pengurangan tenaga kerja di pejabat–Dia tidak bimbang dengan krisis ekonomi. Itu kerana dia tahu bahawa cara terbaik untuk terus tak bankrap adalah untuk tidak pernah menjadi bankrap pada mulanya. Sembilan tahun yang lalu, pada musim gugur 2000, Suelo memutuskan untuk berhenti menggunakan wang. Dia terus berhenti, seperti tabiat ketagih dadah.

Kediamannya, yang tersembunyi di lembah yang tinggi berjajar dengan air terjun, dengan satu jam berjalan kaki dari bandar gurun Moab, Utah, di mana orang-orang yang mengenalinya mempunyai dua pandangan: Dia adalah orang yang waras atau cuma orang Batak yg tidak dapat ditukarkan. Blog Suelo, dikemaskinikan percuma di perpustakaan awam Moab, menunjukkan bahawa dia keduanya. “Ketika saya tinggal dengan wang, saya selalu kesempitan,” tulisnya. “Wang mewakili kesempitan. Wang mewakili hal-hal di masa lalu (hutang) dan hal-hal di masa depan (kredit), tapi wang tidak pernah betul-betul mewakili apa yang benar-benar ada sekarang.”

Pada hari yang panas di awal musim bunga, saya memanjat di sepanjang satu set tebing batu merah ke mulut guanya, di mana saya jumpa satu catatan ditandatangani dengan wajah ‘smiley’: CHRIS, JANGAN MALU-MALU MENGGUNAKAN APA PUN, MAKAN APA PUN, YANG KAU NAK (SEMUA INI BUKAN MILIK AKU). Dari luar, tempat itu kelihatan seperti titisan air mata yang berlubang, lebih kurang saiz bilik mandi keretapi Amtrak, dengan ruang yang cukup untuk beberapa pot yang tergantung dari langit-langit, dapur di bawah batu eave, baldi besar penuh dengan kacang-kacang dan beras, tempat tidur berselimut di tanah, dan barang-barang lain sikit. Suelo sudah di sini selama tiga tahun, dan bau tempat itu pun dah macam dia.

Selepas ini akan bersama lagi dengan David Suelo untuk satu temuramah yang amat menarik. Nantikan.

BERSAMBUNG……………