Bagaimana untuk kekal selamat ketika di wilayah Selatan Thailand?

Contoh letupan!

Wilayah Selatan Thailand tidak dapat dinafikan merupakan sebuah kawasan yang mempunyai sejarah konflik bersenjata yang begitu panjang. Konflik bersenjata yang tercetus di wilayah ini mungkin antara yang terpanjang dan terlama sekali di dalam dunia. Sebelum Archduke Franz Ferdinand ditembak oleh pengganas Serb (sehingga menjadi punca Perang Dunia Pertama), sebelum bom atom ‘Fat Man’ hasil penyelidikan Iblis Manhattan Project’ menghentam Nagasaki, sebelum Presiden Bush Sr mengistiharkan ‘Operation Desert Fox’ dan jauh sebelum Keluarga Temenggung mengambil alih pemerintahan Beraja di Johor, konflik bersenjata sudah tercetus di wilayah bergolak ini. Semenjak dari saat Raja Buddha Yodfa Chulaloke meruntuhkan kerajaan Melayu Patani dan sekaligus menjadikan wilayah tersebut sebagai ‘tributary kingdom’ kepada Dinasti Chakri Bangkok bermulalah konflik bersenjata dan pemberontakan tanpa henti di Patani (Patani dengan satu ‘T’ merujuk kepada kerajaan lama, manakala Pattani ‘2 T’ merujuk kepada wilayah (province) masa kini).

Mengapa mereka (rakyat Patani) memberontak? Mengapakah mereka meneruskan penentangan bersenjata? Ini soalan-soalan yang mengasak minda (mind provocation) mereka-mereka yang cuba menyelesaikan konflik di wilayah tersebut. Perlu kita sedari bahawa, mereka memberontak kerana merasakan mereka idak terlibat sama sekali dengan ‘aturan kolonialisasi’ antara British dan Siam ketika Perjanjian Anglo-Siamese 1909, yang menyaksikan wilayah tersebut ‘diserap’ sebagai sebahagian wilayah Negara-bangsa Siam (nama lama Thailand).

Sebelum perjanjian Anglo-Siamese 1909, status negeri-negeri Melayu Patani (yang dipecahkan kepada beberapa negeri kecil seperti Legeh, Rangae, Pattani, Reman etc) adalah berbentuk ‘tributary kingdom’ yang masih mempunyai autonomi dalam melaksanakan pemerintahan negeri. Namun, apabila proses ‘annexation’ berlaku, secara automatiknya wilayah Patani menjadi sebahagian daripada Negara-bangsa Siam (secara tidak langsung perlu menerima dan tunduk kepada suatu kebudayaan yang asing berbanding dengan kebudayaan mereka). Mereka tidak rela ditadbir oleh suatu ‘entiti politik’ yang asing daripada kebudayaan dan ketamadunan mereka.

Faktor ‘internal colonialisation’ bukanlah satu-satunya alasan penentangan bersenjata, namun ia juga turut diwarnai oleh factor kemiskinan dan kemunduran wilayah tersebut berbanding wilayah lain dalam Negara Thailand.
Organisasi yang memantau konflik di wilayah bergolak tersebut, The Deep South Watch menjelaskan factor kemunduran dan kemiskinan menjadi punca utama ketidakpuasan hati rakyat berbanding factor kebudayaan. Walaupun kerajaan Thailand di bawah pentadbiran Perdana Menteri Prem Tinsulanonda 20 tahun dahulu pernah menubuhkan organisasi pentadbiran ‘Southern Border Provinces Administrative Centre’ (SBPAC) bagi melicinkan pentadbiran awam sekaligus mematahkan gerakan pemberontak dengan melambakkan dana awam yang berjumlah billion Bhat, namun kebanyakan dana yang sepatutnya disalurkan untuk kemudahan rakyat hanya berlegar dalam ‘poket’ para Jeneral tentera sahaja.
Korupsi yang dilakukan oleh pentadbir yang dilantik oleh kerajaan Bangkok menyumbang kepada kemunduran di wilayah tersebut. Berdasarkan teori konflik, salah satu punca utama kepada pertempuran, peperangan dan krisis adalah kerana ketidaksetaraan pengagihan ekonomi. Hal ini kerana ekonomi merupakan ‘sub-structure’ dalam kehidupan manusia (menurut Marxisme), maka tidak hairanlah pengagihan ekonomi yang tidak setara menyebabkan konflik bersenjata ini semakin berpanjangan. Ditambah dengan penafian ‘rights for self-determination’, konflik di wilayah tersebut terus menerus membara!

Apakah Mereka Pengganas?
Pasca tragedy 11 September 2001 dan kempen ‘War on Terror’ oleh Presiden Bush, kebanyakan Negara (yang membodek) terus menerima ‘label’ pengganas seperti yang dikelasifikasikan oleh Washington. Negara-negara di rantau Asia Tenggara juga tidak ketinggalan dalam kerja-kerja membodek kuasa besar dunia ini. Kerajaan Malaysia dan Thailand sering mengadakan perbincangan untuk mengekang ‘kumpulan pengganas’ dari terus menggangu aktiviti ekonomi dan politik kedua-dua Negara. Persoalannya, apakah kumpulan seperti PULO, BRN-C, BIPP,GMIP dan sebagainya yang mengangkat senjata di wilayah Selatan Thailand boleh kita kategorikan sebagai kumpulan pengganas? Operasi mereka tidak melangkaui sempadan Negara mereka. Pengganas merupakan kumpulan bersenjata yang tidak mempunyai ‘lokaliti’ dan hanya bermatlamatkan wang dalam operasi mereka (atau mungkin didorong oleh ideology). Kumpulan pejuang di wilayah Selatan Thailand merupakan ‘ Militant-Nationalist’ bukan kumpulan pengganas! Mereka berjuang untuk membebaskan kawasan mereka dari penindasan ‘internal colonialisation’ oleh Bangkok. Perjuangan mereka hanyalah untuk memastikan ‘survivial’ identity-bangsa mereka daripada lupus ditelan zaman, bahkan bagi memastikan keadilan dapat dicapai bagi kesemua segenap lapisan masyarakat mereka.

Contoh Bom buatan rumah (Home Made ni)..

Namun, para pejuang ‘militant-nationalist’ pada masakini merupakan ‘shapeless organisation’, tidak berstruktur dan mengambil polisi ‘no truth claim’. Bentuk perjuangan sebegini menjadikan operasi ketenteraan Thailand menjadi semkain sulit kerana seolah-olah pihak mereka sedang ‘berkonfrontasi dengan hantu‘ (Confronting the Ghost), tidak diketahui siapa yang sedang mereka hadapi. Berikutan itu, dinamika konflik di wilayah Selatan Thailand begitu berbeza dengan konflik-konflik lain diseluruh dunia.

Bagaimana Mahu Kekal Selamat dan Bernyawa?
Tujuan uatama artikel ini ditulis bukanlah bagi menjelaskan tentang konflik bersenjata di wilayah Selatan Thailand, malah bukan pula untuk memperkenalkan para pembaca dengan jenis-jenis kumpulan pemisah di wilayah tersebut. Namun, ia bertujuan untuk menyediakan ‘simple guideline’ kepada para pembaca yang mahu berkunjung ke wilayah bergolak tersebut (sama ada untuk aktiviti berfaedah atau tidak berfaedah). Namun, penulis menasihatkan agar anda melakukan aktiviti yang berfaedah dan bermoral sepanjang kunjungan ke sana. Tragedi pengeboman yang baru-baru ini berlaku di Lee Garden Hotel, Hat Yai dan di kawasan Yala membuatkan penulis terfikir untuk berkongsi tips keselamatan yang umum sepanjang pembaca berada di sana.

1) Jangan Menghampiri atau Duduk Berdekatan Anggota Keselamatan

Pada kebiasaannya kita akan berasa selamat dan dilindungi jika kita berada berhampiran dengan anggota keselamatan. Namun, di wilayah bergolak ini, dinamikanya bergitu berbeza sekali. Jauhkan diri anda daripada mana-mana anggota keselamatan sama ada Polis, tentera atau apa sahaja. Kerana pada kebiasaannya merekalah yang sering menjadi sasaran serangan (tembakan mahupun letupan bom). Jika anda menaiki kereta atau motorsikal, jauhkan kenderaan anda dari kenderaan anggota keselamatan (kekalkan jarak lebih kurang 2-3 biji kereta). Hal ini kerana, jika berlaku letupan bom atau serangan terhadap kenderaan anggota keselamatan, risiko anda untuk ‘meletup’ bersama adalah kurang, kerana jarak anda yang sedia jauh berbanding mereka yang dalam ‘radius’ yang rapat.

Perkara yang sama juga perlu anda utamakan apabila ingin minum atau makan di mana-mana kedai atau restaurant. Jika boleh, pastikan anda tidak duduk bersebelahan atau terlalu hampir dengan anggota polis atau tentera. Hal ini kerana, jika berlaku tembakan menerusi atas kenderaan yang bergerak, anda masih lagi mempunyai kesempatan untuk melindungi diri (Cuba bayangkan anda duduk di meja sebelah tentera, secara tiba-tiba grenede dilemparkan ke dalam kedai, adalah mustahil untuk anda mengelak dan lari?)

2) Jangan melepak di Lobi Hotel Mahupun Kawasan Parking
Ini merupakan perbuatan mengada-gada orang Malaysia secara umumnya. Mereka berasa megah dan nampak seperti orang kaya jika dapat duduk sambil minum kopi di lobi hotel penginapan. Ini perbuatan yang mengundang maut sebenarnya. Pada kebiasaanya, bom akan diletakkan di luar pintu hotel (dalam bentuk beg etc). Mengapa tidak diletupkan di dalam hotel? Kerana setiap hotel kebiasaanya mempunyai alat pengesan bahan logam di pintu masuk. Adalah suatu yang mustahil untuk pengebom membawa bahan letupan ke dalam hotel. Maka, setiap bahan letupan akan di ‘plant’ di luar pintu masuk hotel. Jika anda kebetulan pada hari tersebut sedang bersantai di lobi hotel, kemungkinan besar anda akan turut menerima ‘bahana’ letupan yang kebiasaanya berjarak 100-200 meter (bom buatan sendiri,bukan boleh jauh radiusnya,kecuali pakar yang buat). Oleh itu, elakkan perangai mengada-ngada lepak di lobi hotel. Jika perlu berbincang dengan rakan-rakan (perniagaan atau sebagainya) jemput mereka untuk minum di kafe hotel dan pilih meja yang bahagian dalam.

Ini minuman beralkohol..Jangan minum..Nanti Hassan Ali marah!

Satu lagi perangai mengada-ngada orang Malaysia ialah suka melepak di kawasan parking, sama ada bagi tujuan menunggu isteri yang sedang galak membeli belah atau rakan yang sedang mabuk kerana terlalu banyak meminum ‘Singha’. Elakkan dari menunggu sesiapa di kawasan parking. Jika mahu menunggu, silalah tunggu di kawasan selamat seperti kedai minum. Kerana, kawasan parking adalah kawasan yang paling berisiko tinggi untuk bom yang dipasang pada kereta dan motorsikal. Setelah penulis meneliti kenyataan mangsa letupan Hotel Lee Gardens (hotel yang popular untuk pelancong Malaysia ke Hat Yai), kebanyakan mereka melepak di lobi atau sedang berjalan-jalan berhampiran kawasan parking.

3) Elakkan Berkunjung ke Kawasan Go Go Bar

Ini gambar Perempuan Menari Tiang..

Go Go Bar merupakan kawasan pilihan utama kebanyakan pelancong Malaysia ketika berziarah ke Wilayah Selatan Thailand khususnya Hat Yai. Sebenarnya kawasan seperti inilah yang perlu kita hindari sepanjang berada di sana. Hal ini kerana, kebanyakan Militan-Nationalist sering menjadikan kawasan sebegini sebagai tapak operasi mereka. Kawasan maksiat sememangnya menjadi sasaran utama, bukan hanya kerana ia melanggari kesucian agama tetapi juga ia menjadi tempat hiburan bagi kebanyakan anggota keselamatan untuk berehat sambil melihat perempuan cantik menari meliuk lentok (hahahahaha). Maka, penulis menasihatkan para pembaca elakkan berada di kawasan sebegini jika mahu melancong ke sana. Jika sudah tidak dapat dibendung-bendung lagi kemahuan untuk berkunjung ke Go Go Bar, maka ambilah inisiatif membeli tiket kapal terbang ke Bangkok dan berhiburlah sepuasnya di sana (hahahaha), jangan melakukannya di wilayah konflik!.Hanya akan mengundang petaka!….

Penutup

Kesemua di atas merupakan nasihat dan langkah keselamatan yang mudah, namun perlu sentiasa dipatuhi sepanjang para pembaca berkunjung ke wilayah konflik tersebut. Sebenarnya penulis agak terkejut Hat Yai menjadi sasaran serangan kerana hal seperti ini jarang sekali berlaku (berbanding 3 wilayah bergolak), kecuali kumpulan pejuang mungkin sudah mensasarkan seseorang di kawasan tersebut. Konflik di wilayah ini tidak akan mampu diselesaikan selagi hal-hal seperti keadilan, kesaksamaan dan kesetaraan tidak mampu dicapai oleh pihak kerajaan Thailand. Kumpulan pemisah akan terus berevolusi dan silih berganti dan mungkin perang gerila ini akan memberikan kesan mendalam kepada Negara bangsa Thailand. Namun, penulis berharap kepada sesiapa yang mahu berkunjung ke wilayah tersebut, sentiasa memastikan disiplin anda di tahap tertinggi dan patuhi tips yang diseberikan di atas bagi memastikan anda dapat pulang ke Malaysia dalam keadaan bernyawa!..Khrop Khun Krap!.

Artikel Asal: Diskopi

Bank atau Ah Long Berlesen?

Kami cuma mau tolong

Beberapa bank mengenakan cas faedah yang lebih tinggi daripada Ah Long. Bila bank mengenakan bunga dari pinjaman pada satu kadar yang lebih tinggi daripada Ah Long, bukankah ia membuatkan bank itu menjadi seperti Ah Long yang berlesen?

Bila bank-bank mengenakan faedah kompaun (compound interests) ke atas pinjaman, dan pemiutang berlesen pula tidak, bukankah ianya menjadikan mereka (bank) Ah long berlesen? Bank dan Ah Long beza kat mana? Hakikatnya pengguna(penghutang) seringkali sukar untuk tahu samaada mereka berurusan dengan bank atau Ah Long berlesen. Kedua -duanya berada dalam bisnes yang mengutamakan keuntungan dengan memberi pinjaman wang, dan kedua-duanya juga tiada belas kasihan dalam menjalankan bisnes dengan cara mereka sendiri.

Pinjaman bank lebih mahal daripada Pemiutang (peminjam wang).

Pengguna-pengguna tidak boleh beranggapan yang pinjaman daripada bank itu akan selalu berada lebih murah daripada yang dicas oleh peminjam wang.

Di bawah Seksyen 17A Moneylenders Act 1951, peminjam wang boleh mengenakan faedah caj sehingga 12% setiap tahun untuk pinjaman bercagar dan sehingga 18% setiap tahun untuk pinjaman-pinjaman yang tidak bercagar. Untuk mengenakan caj lebih tinggi darinya adalah melanggar undang-undang.

Lain pula ceritanya dengan bank. Tiada had kepada faedah yang boleh dicaj keatas pinjaman. Selalunya faedah mereka berada lebih rendah daripada peminjam wang.

Kami pernah juga jumpa satu kes dimana faedah yang dicas keatas pinjaman peribadi dari bank adalah sangat tinggi berbanding cas faedah yang dibenarkan untuk peminjam wang berlesen. Namun, tidak seperti peminjam wang, bank tidak pula melanggar sebarang undang-undang.

Sungguh express

CIMB Xpress
CIMB Xpress ialah satu pinjaman peribadi Islam dimana menarik perhatian ramai orang. (Pinjaman Islam juga terbuka kepada yang bukan Islam). Menurut risalahnya, syarat-syarat untuk pinjaman adalah minima dan kadarnya (rates) juga berpatutan. Tiada Penjamin diperlukan untuk satu pinjaman yang kurang daripada RM5,000 dan pemohon hanya perlu gaji bulanan minimum RM800 untuk memohon. Pemohon boleh memohon untuk satu pinjaman bersamaan 5 kali gajinya dan pinjaman dapat diluluskan dalam masa 24 jam.

Untuk satu pinjaman RM3,000 untuk 5 tahun, pembayaran balik  menjadi RM3.62 setiap hari. Ianya kelihatan seperti tidak banyak, tetapi kadar keuntungan (bersamaan faedah yg dicas keatas satu pinjaman konvensional) pada pinjaman adalah tinggi, pada 2% setiap bulan atau 24% setiap tahun.

Dalam setahun, peminjam akan membayar RM1,320 dan pada akhir 5 tahun itu dia akan membayar RM6,600.

Risalah disini

Peminjam wang ABC
Jika RM3,000 pinjaman akan diambil dari peminjam wang, faedah yang dicas ialah 18% kerana ia adalah satu pinjaman tak bercagar.

Ianya lebih murah daripada kadar keuntungan 24% CIMB Xpress.

Untuk satu pinjaman yang diambil dari peminjam wang ABC, jumlah faedah yang dicas pada satu pinjaman RM3,000 untuk 60 bulan ialah RM2,700. Ansuran bulanan akan menjadi RM95 setiap bulan atau RM3.12 setiap hari.

Pada akhir 5 tahun, peminjam dengan pinjaman dari peminjam wang ABC dapat jimat RM900.

Jadi siapa kata yang ianya lebih murah jika membuat pinjaman dari bank berbanding dengan peminjam wang.

Adakah ianya beretika bagi bank-bank mengenakan faedah yang tinggi dari peminjam wang.

‘Double standard’ keatas faedah berkompaun?

Ada 2 cara mengira faedah pinjaman — faedah mudah (simple interest) atau faedah kompaun (compound interest).

Faedah mudah ialah faedah yang mana ianya dikira hanya pada jumlah pokok (principal). Faedah kompaun ialah dimana faedah dikira pada jumlah pokok campur faedah pada tempoh-tempoh sebelumnya.

Bila faedah kompaun diaplikasikan, hutang akan lebih cepat membesar berbanding di bawah faedah mudah.

Misalnya, jika denda (penalty) faedah keatas bayaran yang lewat ialah RM100 dan baki tertunggak ialah RM10,000, kompaun membolehkan bank untuk mengenakan faedah keatas kesluruhan jumlah iaitu RM10,100 (RM100 + RM10,000). Jika kita hanya gunakan faedah mudah, pihak bank hanya akan dibenarkan mengira faedah dari baki belum tertunggak sahaja iaitu RM 10,000.

Seksyen 17 Moneylenders Act 1951 melarang secara langsung atau secara tidak langsung, penggunaan faedah kompaun oleh peminjam wang.

Bagaimanapun , bank-bank tidak pula menghadapi sekatan sebegitu pada faedah kompaun. Dengan mengenakan bayaran faedah kompaun mereka dengan efektifnya mengenakan bayaran faedah atas faedah dan itulah yang menyebabkan hutang meningkat sungguh mendadak.

Sesiapa yang tertunggak pembayaran pinjaman rumah atau kad kreditnya, akan faham bagaimana cepatnya hutang bertambah kerana hutangnya yang berkompaun.

Faedah berkompaun membuatkan hutang itu meningkat lebih pantas, dan oleh yang demikian membolehkan bank-bank membuat lebih banyak wang.

Mengapa bank-bank boleh dibenarkan untuk mengenakan faedah kompaun apabila peminjam wang tidak dibenarkan berbuat demikian?

Apa pula yang boleh dikatakan oleh Bank Negara?

Komen: Aqad yang sesuai digunakan selepas ini: Aku terima syaratnya untuk membayar riba bulanan kepada institusi perbankan Islami Ah Long yang berdaftar ini. Sah!

(Malakian)

Benci Jadi Suka…

Sedang membaca buku Al-Muntalaq oleh Abu Ammar, terpaku dengan petikan ini:

“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan.

Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara beransur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan.

Ianya ibarat singa yang telah dijinakkan.

Namum begitu, saki baki unsur kemuliaan masih berbaki dijiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.

Apabila ada sahaja da’i yang menyeru kepada kemuliaan, memanggil kepada kebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak,maka berdenyutlah kemuliaan di dalam jiwanya dan menyalalah bara di dalam sekam.

Bangkitlah semula sifat kemanusiaan di dalam diri manusia, mereka tidak sekali-kali menerima penghinaan.

Mereka pun bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jiliad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.

Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, cepat sembuh dan mudah dihapuskan.

Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.

Oleh itu, golongan taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orang ramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila.

Mereka membentuk para belia dengan pelbagai taktik dan strategi yang bertujuan untuk mematikan hemah yang mulia dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan sentiasa berada di tangan mereka yang zalim itu.”

Abdul Wahab Azam, Al-Shawarid, m.s. 318

(ThinkPlanAct)