Diego Maradona Ancam Untuk Keluar Dari Pasukan Nasional Argentina

‘El Diez’ akan menilai apakah dia akan tetap berada di pucuk pimpinan pada akhir kelayakan Piala Dunia.

Diego Maradona, jurulatih pasukan kebangsaan Argentina, menegaskan bahawa dia tidak menyukai beberapa hal sejak dia dilantik, dan bahawa dia harus menilai sama ada dia akan terus berada pada akhir kelayakan Piala Dunia.
“Saya ada komitmen dengan pasukan, setelah mengatakan ya kepada [Julio [Grondona] ketika dia menjemput saya ke rumahnya meminta saya untuk melatih pasukan kebangsaan adalah sesuatu yang sangat baik, tetapi kemudian muncul banyak hal yang saya tidak suka, dan kita akan membincangkan hal itu nanti,” kata Maradona.
Maradona yang lemas dengan pemberita memberitahu yang dia hanya akan tinggal “di bawah syaratnya sendiri”, dan walaupun dia tidak mendedahkan apa yang dia mahu ubah, dia menyatakan bahawa penyelesaian harus dibuat.
Salah satu hal yang Maradona tidak suka adalah bahawa Pablo Zabaleta tiba di Argentina cedera setelah bermain untuk Manchester City. Maradona menyalahkan Carlos Bilardo diatas kejadian itu.
Hal ini diyakini bahawa Bilardo dan Maradona mempunyai hubungan yang buruk, namun, keduanya telah berusaha untuk menyangkal hal ini di masa lalu. Menurut Telam keduanya tidak berbicara satu sama lain, dan jelas ini bukan hal yang positif bagi pasukan kebangsaan.
Perbalahan terakhir antara kedua berlaku beberapa hari lalu, ketika Maradona mengatakan Bilardo untuk pastikan Carlos Tevez dan Zabaleta tidak bermain untuk Manchester City sebelum detik penting iaitu kelayakan Piala Dunia melawan Peru dan Uruguay.
Kedua pemain akhirnya tetap bermain, dan Maradona meletup ketika ia mendapati bahawa Zabaleta tercedera, dan tidak akan ada dalam skuad Argentina walau satu pun dari dua perlawanan itu.
“Ada beberapa hal yang saya tidak suka dan untuk meneruskannya, syarat-syarat saya mestilah dipenuhi,” desak Maradona. Walaupun kecederaan yang melanda Zabaleta, Maradona menegaskan bahawa beliau tidak akan memanggil mana-mana pemain lagi, dan akan menggunakan para pemain yang telah dipilih sebelum ini.
“Saya akan berkerjasama dengan skuad ini. Sekarang mereka sedang mencari pemain untuk melihat adakah kita boleh mengganti dia,” jelas Maradona, yang sibuk dengan jumlah pemain yang telah dilayangkan kad kuning.
“Kami memiliki pasukan yang banyak kad kuning dan terus mendapatkan kuning di setiap perlawanan, dalam semua perlawanan di mana kami bermain bermati-matian.”
Bahkan jika Argentina berjaya layak ke Piala Dunia, Maradona mungkin berundur sebagai jurulatih pasukan jika tuntutannya tidak dipenuhi.

Diego Maradona, jurulatih pasukan kebangsaan Argentina, menegaskan bahawa dia tidak menyukai beberapa perkara sejak dia dilantik, dan bahawa dia harus menilai sama ada dia akan terus berada pada akhir kelayakan Piala Dunia.

Jurulatih Maradona

Everton 1-6 Arsenal: Gunners Meratah Toffees Tak Hingat

Pasukan tangga keempat tahun lepas jumpa kelima malam tadi tapi perbezaannya dengan 4 pasukan elit masih ketara.

Aug 16, 2009

Perlawanan di hari pertama musim menyaksikan keputusan luarbiasa, kerana keputusan Arsene Wenger yang tak  melabur kembali duit dari Manchester City hasil perpindahan menyebelahinya selepas Arsenal membelasah Everton dengan keputusan 6 – 1.

Arsenal tanpa adanya Adebayor,  dengan formasi 4-5-1 yang nampak seakan goyah. Bermulanya perlawanan dengan kedua-dua pihak bermain dengan berjaga-jaga, Denilson memecah kebuntuan pada minit 26 selepas Bendtner mendada bola dan menolak kepada pemain Brazil itu, yang merembat jauh menggegarkan jaring Everton dari luar kotak penalti.

Denilson1

Brazilliant | Denilson diraikan rakan-rakan

Penyokong Arsenal dijamu lagi dengan gol semasa Robin Van Persie, yang mana hantarannya dari set-play sungguh memberangsangkan dalam perlawanan, menjumpai pemain baru Thomas Vermaelen. Bekas Kapten Ajax mengelak orang yang yang menjaganya dan dengan selesa menanduk kedalam jaring. Sebelum Everton menemui rentak, sekali lagi dari kiri, Fabregas menjumpai lubuk dengan William Gallas menjaringkan buat kali ketiga.

Ada beberapa perkara yang Everton boleh ambil endah semasa rehat, kerana Arsenal memenangi bola setiap ceruk padang. Pergerakan dan permainan, seperti yang telah ditunjukkan semasa Wenger menduduki kerusi panas north London, memberikan tekanan kepada pihak Moyes.

Selepas beberapa ketika separuh masa kedua bermula, van Persie menerima bola dari tengah dan membukanya ke tepi kiri padang, untuk bermain dengan Fabregas. Pemain Sepanyol itu menambah sebiji lagi selepas dijumpai oleh Almunia dengan hanya berdepan Howard. Lima kosong kepada Arsenal dengan masih ada lagi dua puluh minit masa bermain.

Penyokong Everton berkurangan sikit-sikit selepas 55 minit, dan gol kelima membuatkan lebih ramai penyokongnya berkurangan. Tetapi mereka terlepas gol tunggal yang buleh disorakkan, selepas Louis Saha memberi saguhati kepada Moyes & Co dimasa kecederaan, dan gol keenam kepada Arsenal, selepas Eduardo – bermain semula buat kali pertama semenjak dari tragedi patah kaki di 2008, merembat kencang mencecah palang gol.

Untuk Moyes, permulaan semula latihan besok amat digalakkan, sementara untuk Wenger ia adalah satu kepuasan dan galakan untuk merangkul takhta liga.

Gila sukan! Free tv stream channel sukan kegemaran anda.

Aku dah lama dok layan stream TV live kat tenet ni. Lebih kurang 4 tahun dah pon, terutamanya sukan-sukan luar negara. Nak langgan Astro cam tak berbaloi ja kalau sekadar nak tengok sukan. Tambah lak aku banyak habiskan masa kat internet berbanding TV. Teringat nak kongsi ngan hampa yang memang gila sukan satu website sukan yang memang boleh di tonton secara live. Bukan hanya bola Premier League malah segala mak nenek sukan-sukan lain boleh didapati di sini. Link nya di sini.

Dari dok bayar kat astro tu banyak-banyak, lagi sempoi layan site ni (Astro pon baru naikkan harga Channel Sport). Memang takyah bayar sesen pon.

Yang perlu hampa ada cuma applikasi tv untuk tonton rancangan tu semua. Ada juga link yang tak memerlukan applikasi tv dan cuma terus menggunakan website luaran sebagai tv.  Satu lagi yang diperlukan adalah connection internet yang stabil e.g. streamyx 100 Mbps.

Semua applikasi tu buleh di ambil di site tu sendiri. Contoh applikasi yang disediakan seperti Sopcast, TVU, TvAnts dll. Semua software tu buleh di download di sini.

Contoh sukan yang di tayang live:

myp2p.eu

Cara nak check sukan yang di pilih tu menggunakan applikasi apa, cuma klik icon tv di bawah sini. Di dalam tu di letakkan semua linknya. Applikasi anda akan di buka secara automatik.

tv stream

Paparan yang keluar selepas hampa klik icon tv tu. Kemudian pilih la link mana yang anda suka. Selalunya aku pilih Sopcast kerana gambar yg cun dan stabil.link tv

Selamat Menonton!