Dubai Oooh Du Baye Bye

MANUSIA YANG ANGKUH MELAWAN ALAM !

ISLAM KE TAK ISLAM, HUTANG TETAP HUTANG

Harga minyak jatuh dua dollar. FTSE – bursa saham di London jatuh 170 mata.

Di Peranchis dan German bursa saham jatuh sama.

Ini berlaku apabila Dubai meminta tangguh pembayaran hutang 35 bilion dolar yang seharusnya di bayar pada 30 November ini.

Di London – nilai saham hilang sebanyak 44 bilion pound.

Dubai World – taiko utama di Dubai – perlu membayar 3.5 bilion dolar Islamic Bond pada bulan Disember depan.

APA YANG SEDANG TERJADI DI DUBAI SEKARANG

Damac Properties di Dubai telah gagal membayar EPF dan tidak memberi apa-apa ganjaran kepada semua pekerja yang di buang.

– International Herald Tribune

Sekarang ini setiap hari 1500 permit kerja di batalkan.

– the Australian

Syarikat Pembinaa Nakheel telah membuang 500 pekerja, Damac membuang 200 pekerja dan Al-Shafar membuang 1000 pekerja.

– the Hurriyet

Lebih dari 80 buah kereta mahal mahal telah ditinggalkan di Dubai International Airport. Tuan empunya kereta lari mungkin kerana tidak sanggup membayar sewa beli rumah, pinjaman bank, telah dibuang kerja

– Khaleej Times

“The property bubble has burst.
Dubai’s “container economy” is in for a grind in 2010 and beyond. Owners of properties are uneasily aware that the crisis shaved off huge chunks from the value of those properties.

“Real estate companies have downsized; projects have been shelved, hundreds have lost jobs. The place is rife with rumours that Dubai is in colossal debt and is seeking an Abu Dhabi bailout,…”

– the Express Bulletin

“The financial crisis is forcing many parents who cannot afford increasingly high fees to pull their children out of schools and nurseries, teachers and parents say.”

http://www.the nation

(TT)

Kebebasan Sebenar

.

Selagi mana anda mendekatkan diri anda kepada sesuatu yang selain daripada Allah, anda sentiasa akan berada dalam kesusahan dan kesedihan, menyekutukan sesuatu terhadapNya, dan tidak mampu untuk bebas daripada beban dosa anda. (Abdul Qadir al-Jilani)

Kemerdekaan hati boleh dicapai melalui empat jalan mulia: merendahkan diri di hadapan Allah semata-mata, memerlukan Allah semata-mata, takut dan menghormati Allah semata-mata, dan mengharap akan Allah semata-mata. (Said al-Hiri)

Jadilah seperti mereka yang takut dan mentaati Allah. Syirik itu boleh dibahagikan kepada dalaman dan luaran. Syirik luaran adalah menyembah berhala, manakala syirik dalaman adalah meninggalkan Allah dan berharap kepada manusia, meletakkan pengharapan kepada mereka, dan mengharapkan kerugian dan keuntungan daripada mereka. (Abdul Qadir al-Jilani)

Barang siapa yang menyerahkan hatinya kepada Allah semata-mata dan memberikan sepenuh perhatian terhadap perkara ini, pancaran cahaya hikmah akan terbit dalam hatinya dan mengalir ke lidahnya. (Yahya Ibn Muadh)

Bagaimana pandangan mata orang ramai mempunyai apa-apa kepentingan kepada anda apabila pandangan Allah adalah kepada anda? Tinggalkan jalan orang ramai dan cubalah untuk melihat sesuatu daripada Tuhan. (Ibn ‘Ata’ Illah al-Iskandari)

Allah memberi anda dunia ini agar dengannya anda dapat memperolehi Akhirat bukan untuk anda menginginkan dunia. (Uthman r.a.)

Kemerdekaan yang sebenar adalah penghambaan diri kepada Tuhan (Ali r.a.)

Penghambaan diri adalah kepada Tuhan semata-mata, bukan kepada diri anda, kebaikan anda, kejahatan anda, dan manusia. (Nasihat Prof. Emeritus al-Ustaz Dato’ Dr. Mat Demon al-Azazil MA. PhD in Decep. kepada saya.)

(Malakian)

BILA AGAKNYA MELAYU AKAN SEDAR MEREKA DITIPU

PROJEK PEMBODOHAN ORANG MELAYU

.

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili Orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kesah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strateji politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Kalau di zaman feudal dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian dari projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara Pertama:

Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong China.

Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Abang dengan Adik.

Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Maloan ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari gerombolan sendiri.

Ini hanyalah satu contoh dari bejuta juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun, Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – dimana wujud kerjasama antara gerombolan dengan ‘orang asing’ untuk menjarah negara.

Cara ke dua:

Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja dalam telah dichampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya menjunjung tapak kaki. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.

Patek pacal yang hina menyembah duli tuanku bermakna : saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu. Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri. Kenapa orang Melayu dibodohkan sebagini. Kenapa orang Melayu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan.

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion di katakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malauys National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini adalah wakil tuhan di atas bumi ini. Ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan diatas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.

Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.

Ahkirnya:

Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telah diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Bagitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliran bukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil dari projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.

Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.(TT)